Sunday, December 30, 2018

BALA BENCANA TIDAK KIRA SIAPA

BALA BENCANA TIDAK KIRA SIAPA

Pernahkah orang besar lagi berkuasa, bala takut dengannya?
Yang kena timpa hanya orang-orang kecil sahaja?!
Apakah orang-orang kaya, bala bencana lari darinya?!
Kerana bala malu dengannya?
Mereka tidak pernah ditimpa bala?
Yang kena hanya orang-orang miskin sahaja?
Apakah raja-raja tidak ditimpa bala?!
Kerana bala malu dan hormat kepadanya?!
Yang kena hanya rakyat jelata sahaja?
Tidak! Sekali-kali tidak! Manusia sama sahaja.
Semua manusia ditimpa bala, tidak ada kecualinya.
Itulah dia keadilan Tuhan terhadap manusia.
Agar manusia sedar ada yang Maha Berkuasa yang menentukan nasib manusia.
Cuma bala bencana yang menimpa manusia itu satu sama lain tidak sama.
Juga agar manusia itu sedar besar dan kaya macam mana sekali pun tidak ada kuasa.
Ini menyedarkan manusia, walau tinggi kedudukannya agar tawadhuk dan merendah diri.
Manusia, siapa pun dia, tetap hamba.
Hamba yang kehidupannya tertakluk kepada Tuhan yang Maha Berkuasa.
Supaya tidak sombong dengan status kedudukannya.

26.10.2002

(Sajak Abuya Ashaari Muhammad)

Share:

SIFAT TAQWA ADALAH ASET BAGI ORANG MUKMIN

SIFAT TAQWA ADALAH ASET BAGI ORANG MUKMIN

Sifat taqwa adalah aset bagi orang mukmin.
Aset di dunia, aset juga di Akhirat.
Ertinya taqwa itu sangat mahal.
Carilah taqwa sebanyak mungkin di dalam kehidupan.
Ia adalah bekalan orang mukmin di Akhirat.
Tuhan memang berpesan, carilah bekalan, sebaik-baik bekalan adalah sifat taqwa.
Asas taqwa adalah rukun iman, rukun Islam dan ihsan.
Selain yang tiga adalah tambahan.
Atau selain yang tiga adalah buahnya.
Oleh itu jadikanlah semua aktiviti kita addin cara hidup.
Jika cara hidup kita addin, ia adalah sifat taqwa.
Jadikan projek pendidikan kita addin, projek ekonomi addin.
Projek kebudayaan kita addin, projek pentadbiran kita addin.
Bahkan jadikanlah seluruh projek perjuangan kita addin.
Kalau seluruh projek perjuangan kita jadi addin, barulah Tuhan terima dan diberi pahala.
Itulah yang dimaksudkan oleh Tuhan “Barangsiapa mengkehendaki selain Islam sebagai addin, maka tidak akan diterima daripadanya”.
Maka di Akhirat kelak menjadi orang yang rugi.
Barulah kita faham sifat taqwa ada di mana-mana.
Ia boleh berlaku di dalam sebarang masa.
Cuma terpulang kepada kita sahaja.
Apakah usaha kita boleh kita jadikan addin.
Addin itu adalah cara hidup mengikut Tuhan.
Janganlah anggap sifat taqwa itu hanya boleh berlaku di dalam masjid sahaja.
Sifat taqwa banyak berlaku di dalam kehidupan yang global.
Di darat, di laut, di udara.
Di hutan, di lurah, di gunung.
Di tengah padang pasir, di dalam musafir.
Di rumah, di pejabat, di pasar.
Di ladang, di masa lapang, di waktu tidur dan baring.
Ada orang hendak mencari sifat taqwa di Mekah dan di Madinah.
Di luar Mekah dan Madinah lebih lagi banyak.
Mahu atau tidak sahaja.
Terpulang kepada kita, tepuk dada tanya selera.
Sifat taqwa ada di mana-mana.
Janganlah sempitkan erti addin mengikut otak kita.

Menjelang tidur
27.09.2004

(Sajak Abuya Ashaari Muhammad)

Share:

ISTIQAMAH

ISTIQAMAH

Marilah kita mempelajari erti istiqamah.
Agar kita faham, hayati dan laksanakan di dalam kehidupan.
Erti istiqamah tetap pendirian di atas kebenaran.
Tetap di atas keyakinan yang diwajibkan.
Berterusan membuat kebajikan yang telah diamalkan.
Yang wajib ditinggalkan, terus ditinggalkan berpanjangan.
Apabila diperjuangkan apa yang disebutkan, terus-menerus diperjuangkan, tidak ada perhentian.
Itulah dia erti istiqamah di dalam Islam.
Istiqamah ada dua bahagian.
Yang lahir dan yang batin, atau yang bersifat fizikal dan yang bersifat rohaniah.
Yang lahiriah sebagai contoh, jika sudah bersembahyang, terus-meneruslah bersembahyang.
Kalau sudah berpuasa dan lain-lain amalan, dibuat berterusan.
Begitulah amal kebajikan yang lain-lainnya, sekalipun yang sunat, amalannya berterusan tanpa ditinggalkan.
Istiqamah amalan lahir agak mudah dan senang.
Tapi sangat susah bagi kebanyakan orang.
Adakalanya istiqamah, adakalanya tidak dapat dilakukan.
Jika yang lahiriah, yang mudah pun, payah dan susah melakukan istiqamah berpanjangan.
Yang batin atau yang bersifat rohaniah, lagilah susah dan payah mengamalkan.
Kita buat beberapa contoh untuk difaham, sebagai panduan.
Takutkan Tuhan diperintah, kadang-kadang takut, kadang-kadang bukan sahaja tidak takut bahkan dilupakan.
Cintakan Tuhan disuruh, kadang-kadang dirasakan, adakalanya hilang di dalam perasaan.
Keyakinan dengan perkara yang diwajibkan, kadang-kadang teguh pegangan, adakalanya longgar keyakinan.
Keyakinan Tuhan tentang rezeki, kejayaan dan kemenangan di masa depan.
Adakalanya menjadi pegangan, di waktu yang lain pula goyang.
Rasa bertuhan, dan rasa kehambaan di waktu-waktu tertentu ada di dalam perasaan, di waktu yang lain perasaannya hilang.
Di setengah-setengah ketika, boleh merendah diri, di setengah-setengah masa, menyombong pula.
Kasih sayang sesama manusia, kadang-kadang ada, kadang-kadang hilang.
Kadang-kadang bertimbang rasa, adakalanya hati merasakan, peduli apa dengan mereka.
Lebih-lebih lagi ikhlas, amat susahnya hendak istiqamah.
Selalu sahaja apabila membuat kebaikan, sedikit sangat kerana Tuhan, kebanyakannya kerana diri atau selain Tuhan.
Inilah dia erti istiqamah, dan payah sangat beristiqamah.
Kerana istiqamah itu adalah sifat para wali.
Di dalam kitab dikatakan, janganlah engkau meminta kewalian, tapi mintalah istiqamah.
Istiqamah sangat diperintah, sekalipun amalan itu sedikit, itu lebih baik daripada amalan yang banyak tapi tidak istiqamah.

09.01.2003

(Sajak Abuya Ashaari Muhammad)

Share:

Saturday, December 29, 2018

PANDANGLAH BESAR DOSA ITU

PANDANGLAH BESAR DOSA ITU

Pandanglah dosa itu amat besarnya, sekalipun dosa kecil sahaja.
Kerana kalau Allah tidak ampunkan, ia tetap ke Neraka.
Dosa adalah kemurkaan Tuhan.
Selagi di dalam kemurkaan-Nya, menjadi hijab
pada seseorang hamba.
Oleh itu jika terbuat dosa, cepat-cepat memohon ampun kepada-Nya.
Kalau tidak, ia tetap menjadi hijab untuk mendapat hidayah daripada-Nya.
Rahmat dan kasih sayang-Nya terputus darinya.
Tapi mungkin kita tidak terasa.
Selagi di dalam dosa, tetap di dalam kemurkaan Tuhan.
Selama di dalam kemurkaan Tuhan,
segala yang diberi adalah istidraj dari-Nya.
Atau sepanjang masa itu apa yang diberi
adalah di dalam kemurkaan-Nya.
Apabila apa yang kita dapat di waktu kemurkaan-Nya.
Segala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnya.
Bila sudah hilang keberkatannya.
Ia akan menjadi bala kepada hamba-Nya.
Ketenangan tidak ada, keharmonian rumah tangga hilang.
Jiwa sentiasa sahaja hendak berang.
Walaupun kaya, macam ada benda yang tidak ada.
Sekalipun pandai, jiwa panas, gelisah sahaja.
Apa sahaja yang dibuat rasa serba tidak kena.
Gelak ketawanya hanya pura-pura.
Billa keseorangan, jiwa gelisah mula tiba.
Keseronokannya hanya luar-luarnya sahaja, dalam menderita.
Begitulah kesan dari dosa yang tidak dibersihkan.

Selepas Asar
27.09.1999

(Sajak Abuya Ashaari Muhammad)

Share:

BERSIHKANLAH JIWA KERANA IA ADALAH WADAH

BERSIHKANLAH JIWA KERANA IA ADALAH WADAH

Bersihkanlah jiwa kerana ia adalah wadah.
Tempat Allah mengisi iman dan keyakinan.
Bersihkanlah jiwa, ia ibarat cermin.
Jangan sampai ia kotor dan kabur.
Jika ia kotor atau kabur, tidak nampak lagi kebenaran.
Bersihkanlah jiwa, ia laksana radar, menangkap apa sahaja.
Apabila jiwa kotor, macam radar yang telah rosak.
Ia tidak dapat lagi mengesan apa-apa.
Ertinya, jiwa tidak akan boleh menerima pengajaran.
Bersihkanlah jiwa, ia ibarat kamera.
Boleh menggambar apa sahaja secara tepat.
Jika jiwa kotor, ibarat kamera yang tidak berfungsi.
Tidak dapat menggambarkan secara tepat kebenaran agama.
Apa yang ditangkapnya tidak jelas.
Ia jadi ragu-ragu dan mengelirukan.

Selepas Isyak
04 - 08 - 1999

(Sajak Abuya Ashaari Muhammad)

Share:

HINDARI PERKARA YANG MEMATIKAN HATI

HINDARI PERKARA YANG MEMATIKAN HATI

Pembunuh jiwa atau mematikan hati banyak perkaranya.
Kenalah jaga bersungguh-sungguh, jangan sampai menimpanya.
Orang yang jiwa mati, atau buta hati, merosak manusia dan dunia.
Bahkan perosak segala-galanya, terutama agama.
Di antara perkara pembunuh jiwa atau pembunuh hati.
Mata tidak dikawal daripada dosa.
Telinga juga suka mendengar perkara yang lucah dan tidak bersopan.
Mendengar umpatan dan perkataan yang melalaikan.
Hati suka mengkhayalkan kecantikan perempuan yang tidak halal.
Di waktu keseorangan, suka berangan-angan dan berkhayal-khayal.
Apatah lagi makan minum yang syubhat dan tidak halal.
Lebih-lebih lagilah membunuh jiwa atau mematikan hati atau menghitamkannya.
Pergaulan bebas di antara laki-laki dan perempuan, kenalah jaga.
Kerana di sana boleh memberangsangkan nafsu haiwan kepada manusia.
Dari rangsangan nafsu yang jahat merosakkan jiwa.
Apabila jiwa rosak berbagai-bagai mazmumah akan menimpanya.
Di waktu itu, tidak mampu untuk mengkontrolnya.
Lahirlah berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran oleh manusia.
Gejala masyarakat pun bermaharajalela.
Punah-ranahlah pergaulan manusia.
Di waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian di dalam masyarakat manusia.
Maka menjadi balalah kepada kehidupan manusia.
Di Akhirat masuk Neraka.

Selepas Isyak
15 - 10 - 1999

(Sajak Abuya Ashaari Muhammad)

Share:

SEMBAHYANG BERJANJI DAN BERIKRAR DENGAN TUHAN

SEMBAHYANG BERJANJI DAN BERIKRAR DENGAN TUHAN

Banyak orang tidak sedar.
Apabila dia bersembahyang, dia berjanji dan berikrar dengan Tuhan.
Atau dia SEDAR, dia lupakan.
Kalau kita berjanji dengan manusia.
Kalau tidak tunaikan, hilang keyakinan orang, orang meradang.
Menunjukkan janji itu mahal, pada setiap orang.
Bila dengan Tuhan yang menjadikan kita.
Janji kita tidak tunaikan.
Sembahyang itu tidak ada nilai disisi Tuhan.
Oleh itu, kalau orang faham.
Bila dia hendak sembahyang, dia bimbang.
Takut-takut janjinya dengan Tuhan dia abaikan, atau cuaikan, atau ditinggalkan.
Orang yang bersembahyang itu akan dicampakkan ke dalam neraka Wail yang amat dalam.
Kita bersembahyang, buat pengakuan hidup mati kerana Tuhan.
Diluar sembahyang, kita ikut nafsu dan syaitan.
Tipu, rasuah, hasad dengki, tampak, gila dunia.
Itulah jalan nafsu dan syaitan.
Didalam sembahyang, kita meminta jalan yang lurus.
Iaitu jalan syariat Tuhan.
Diluar sembahyang, kita buat kerja dan usaha, bertindak tidak fikir halal dan haram.
Didalam sembahyang, kita buat pengakuan nak sembah Tuhan.
Nak minta kepada Tuhan.
Diluar sembahyang, mengikut hawa nafsu.
Ertinya nafsu menjadi penyembahan.
Didalam sembahyang, mengaku nak meminta kepada Tuhan.
Diluar sembahyang mengikut jalan nafsu dan syaitan.
Didalam sembahyang berikrar dan berjanji hendak mengikut jalan rasul dan nabi.
Diluar sembahyang ikut jalan pembesar-pembesar yang menyeleweng dari ajaran Tuhan.
Dan artis-artis yang rosak akhlak dan perbuatan.
Didalam sembahyang kita doakan kesejahteraan Umat Islam.
Diluar sembahyang kita hasad dengki dengan mereka.
Kita khianat dengan mereka.
Kita tipu mereka.
Kita minta rasuah dengan mereka.
Kita sombong dengan mereka.
Kita bohong dengan mereka dan melakukan curang.
Jadi nyatalah kebanyakan orang yang sembahyang dia derhaka kepada Tuhan.
Setiap kali sembahyang, setiap kali pula berbohong dengan Tuhan.
Setiap kali sembahyang, kita mungkir janji dengan Tuhan.
Setiap kali sembahyang, kita menyenda-nyenda Tuhan.
Setiap kali selepas sembahyang, selepas itu dia bermusuh dengan Umat Islam.
Munasabahlah orang yang sembahyang macam ini dilaknat Tuhan.
Apabila dilaknat Tuhan, Tuhan campakkan kedalam neraka wail yang amat dalam.
Itu orang yang sembahyang.
Orang yang tak sembahyang, orang yang tak terima Allah sebagai Tuhan.
Walaupun mereka percaya adanya Tuhan.
Tetapi Tuhan tidak dijadikan Tuhan.
Kekallah didalam neraka kerana hakikatnya orang itu sudah kafir dengan Tuhan.

Lepas Dzuhur
07.11.2005

(Sajak Abuya Ashaari Muhammad)

Share: