Saturday, December 29, 2018

PANDANGLAH BESAR DOSA ITU

PANDANGLAH BESAR DOSA ITU

Pandanglah dosa itu amat besarnya, sekalipun dosa kecil sahaja.
Kerana kalau Allah tidak ampunkan, ia tetap ke Neraka.
Dosa adalah kemurkaan Tuhan.
Selagi di dalam kemurkaan-Nya, menjadi hijab
pada seseorang hamba.
Oleh itu jika terbuat dosa, cepat-cepat memohon ampun kepada-Nya.
Kalau tidak, ia tetap menjadi hijab untuk mendapat hidayah daripada-Nya.
Rahmat dan kasih sayang-Nya terputus darinya.
Tapi mungkin kita tidak terasa.
Selagi di dalam dosa, tetap di dalam kemurkaan Tuhan.
Selama di dalam kemurkaan Tuhan,
segala yang diberi adalah istidraj dari-Nya.
Atau sepanjang masa itu apa yang diberi
adalah di dalam kemurkaan-Nya.
Apabila apa yang kita dapat di waktu kemurkaan-Nya.
Segala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnya.
Bila sudah hilang keberkatannya.
Ia akan menjadi bala kepada hamba-Nya.
Ketenangan tidak ada, keharmonian rumah tangga hilang.
Jiwa sentiasa sahaja hendak berang.
Walaupun kaya, macam ada benda yang tidak ada.
Sekalipun pandai, jiwa panas, gelisah sahaja.
Apa sahaja yang dibuat rasa serba tidak kena.
Gelak ketawanya hanya pura-pura.
Billa keseorangan, jiwa gelisah mula tiba.
Keseronokannya hanya luar-luarnya sahaja, dalam menderita.
Begitulah kesan dari dosa yang tidak dibersihkan.

Selepas Asar
27.09.1999

(Sajak Abuya Ashaari Muhammad)

Share:

0 comments:

Post a Comment