Sunday, December 30, 2018

BALA BENCANA TIDAK KIRA SIAPA

BALA BENCANA TIDAK KIRA SIAPA

Pernahkah orang besar lagi berkuasa, bala takut dengannya?
Yang kena timpa hanya orang-orang kecil sahaja?!
Apakah orang-orang kaya, bala bencana lari darinya?!
Kerana bala malu dengannya?
Mereka tidak pernah ditimpa bala?
Yang kena hanya orang-orang miskin sahaja?
Apakah raja-raja tidak ditimpa bala?!
Kerana bala malu dan hormat kepadanya?!
Yang kena hanya rakyat jelata sahaja?
Tidak! Sekali-kali tidak! Manusia sama sahaja.
Semua manusia ditimpa bala, tidak ada kecualinya.
Itulah dia keadilan Tuhan terhadap manusia.
Agar manusia sedar ada yang Maha Berkuasa yang menentukan nasib manusia.
Cuma bala bencana yang menimpa manusia itu satu sama lain tidak sama.
Juga agar manusia itu sedar besar dan kaya macam mana sekali pun tidak ada kuasa.
Ini menyedarkan manusia, walau tinggi kedudukannya agar tawadhuk dan merendah diri.
Manusia, siapa pun dia, tetap hamba.
Hamba yang kehidupannya tertakluk kepada Tuhan yang Maha Berkuasa.
Supaya tidak sombong dengan status kedudukannya.

26.10.2002

(Sajak Abuya Ashaari Muhammad)

Share:

0 comments:

Post a Comment