Saturday, December 29, 2018

APABILA MEMPERTAJAMKAN HATI

APABILA MEMPERTAJAMKAN HATI

Apabila seorang mukmin itu mempertajam hati atau jiwanya.
Ditajamkan dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan.
Kemudian dibawa berfikir dan berfikir.
Dia akan jadi orang yang cepat cerdik dan pandai.
Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Bangsa Arab yang tidak tahu menulis
dan membaca, dididik olehnya.
Berhadapan dengan bangsa Rom dan Parsi
yang bertamadun, yang menguasai dunia di waktu itu.
Sedangkan bangsa Rom dan Parsi hanya mengasah akalnya semata-mata.
Maka menjadilah mereka orang yang pandai.
Tapi Rasulullah mengasah akal dan jiwa bangsa Arab dan bangsa-bangsa yang mengikutnya.
Maka dengan masa yang singkat sahaja,
iaitu selama 23 tahun.
Umat Islam menjadi umat yang cepat pandai dan cerdik.
Akhirnya di dalam masa 30 tahun umat Islam menguasai 3/4 dunia.
Fakta sejarah ini patut orang Islam mengetahui dan mengambil pengajaran daripadanya.
Untuk mengejar tamadun Barat dan Timur iaitu komunis.
Tajamkan jiwanya dan akalnya serentak.
Umat Islam akan cepat menjadi cerdik dan pandai.
Mengatasi Timur dan Barat yang hanya semata-mata mempertajam akalnya.
Tapi malang umat Islam jiwanya sudah buta.
Akalnya pula tidak digunakan seperti apa yang digunakan oleh orang Barat dan Timur.
Sedangkan mereka di waktu itu sudah lebih maju dan bertamadun dari umat Islam.
Bagaimanakah umat Islam hendak mengalahkan mereka.
Maka oleh itu, umat Islam kenalah ubah sikapnya.
Jangan hanya mempertajamkan akal,
seperti yang sedang hendak dilakukan sekarang.
Tapi yang lebih utama, jadikan tapaknya itu mempertajamkan jiwa lebih dahulu.
Di atas ketajaman jiwa itulah, bawalah berfikir dan terus berfikir.
Natijahnya nanti sangat luar biasa.
Iaitu akan melahirkan ilmu-ilmu yang dalam dan seni, yang menakjubkan dunia.

Menjelang Zuhur
29 - 08 - 2000

(Sajak Abuya Ashaari Muhammad)

Share:

0 comments:

Post a Comment